Original video: https://youtu.be/_AzBIdqAbwo
Visited on: 17 NOV 2022
Info-board Nearby Says:
DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN XXXV
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah diputerakan pada 27 November 1956. Dalam hierarki Kesultanan Negeri Perak, Baginda telah dimasyuurkan sebagal Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987. Setelah kemangkatan ayahanda Baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddln Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memillh baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda telah dlmasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei 2014. Baginda memulakan alam persekolohan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5 dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. Setelah berusia 13 tahun, Baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.
Baginda adalah Fellow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford; Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Fellow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Fellow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menerima Jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Baginda pernah memenuhi, peranan sebagai Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di Konferans Perikatan Peradaban anjuran Pertubuhon Bangsa-Bangsa Bersatu. Baginda diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor keempat Universiti Malaya berkuatkuasa 16 Julai 2014.
Pada 14 Ogos 2014, Baginda telah berkenan menjadi Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.
Baginda telah diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.
DULI YANG MULIA
RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN
TUANKU ZARA SALIM
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim terlah diputerakan pada 22 Mac 1973 di Ipoh, Perak. Baginda adalah anak bongsu daripada empat beradik kepada Yang Berbahagia Dato' Salim Davidson dan Yang Teramat Mulia Datin Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddinn.
Duli Yang Maha Mulia telah melalui persekolahan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Ipoh dan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh, seterusnya mengikuti pengajian peringkat A-Level di Prime College, Kuala Lumpur. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom dengan memperoleh Ijazah SarJana Muda (Kelas Pertama) Kejuruteraan Kimia.
Sekembalinya dari United Kingdom pada tahun 1995, Baginda bertugas di PETRONAS, syarikat petroleum negara selama enam tahun sebelum memegang jawatan di Formis Malaysia Berhad, sebuah syarikat teknologi maklumat. Pada tahun 2005, Baginda menjawat jawatan Pengarah Urusan di Forthwave Consulting Sdn. Bhd., sebuah syarikat perunding hidrokarbon. Baginda juga seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan sewaktu dibangku sekolah pernah mewakili Negeri Perak dalam sukan renang.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah diijabkabulkan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 17 Mel 2007. Pada 18 Mei 2007, Baginda dimasyhurkan dengan gelaran Raja Puan Besan Perak dan pada 29 Jun 2014 dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Duli Yang Maha Mulia telah dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.
Sejenis bunga orkid hibrid berwarna ungu telah dinamakan 'Dendrobium Tuanku Zara Salim' sempena keberangkatan Baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ketujuh pada 9 Julai 2007.
Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convert Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak
His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah was born on 27 November 1956. He was proclaimed Raja Kecil Besar Perak on 16 February 1984, and Raja Muda Perak on 15 April 1987. Following the passing of his father, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, on 28 May 2014, he was unanimously elected as the 35th Sultan of Perak and installed on 29 May 2014.
Sultan Nazrin received his early education at Sekolah Jalan Kuantan and Sekolah St. John in Kuala Lumpur. He later attended The Leys School in Cambridge, United Kingdom, before obtaining degrees in Philosophy, Politics, and Economics from the University of Oxford and a Ph.D. in Political Economy and Government from Harvard University.
His Royal Highness holds honorary fellowships at both Worcester College, Oxford, and Magdalene College, Cambridge. He is also a Royal Fellow of the Malaysian Armed Forces Defence College, the Malaysian Institute of Strategic and International Studies, and the Malaysian Institute of Public Safety. Additionally, he is the Royal Patron of the International Islamic Finance Centre Malaysia.
Sultan Nazrin has been invited by the United Nations Secretary-General to co-chair the Advisory Group on Humanitarian Financing. He has also served as Malaysia's Special Envoy for Interfaith and Intercultural Dialogue at the United Nations Alliance of Civilizations. His Majesty was appointed the fourth Chancellor of the University of Malaya in 2014.
Her Royal Highness Tuanku Zara Salim
Her Royal Highness Tuanku Zara Salim was born on March 22, 1973, in Ipoh, Perak. She is the youngest of four children born to Dato' Salim Davidson and Datin Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddinn.
Her Royal Highness received her early education at Convent Ipoh before pursuing A-Levels at Prime College, Kuala Lumpur. She then went on to study Chemical Engineering at the University of Nottingham, United Kingdom, graduating with First-Class Honours.
Upon her return to Malaysia in 1995, she began her career at PETRONAS, the national petroleum company. Subsequently, she held positions in the information technology and hydrocarbon consulting industries.
Her Royal Highness Tuanku Zara Salim married His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah on May 17, 2007. She was bestowed the title of Raja Puan Besan Perak in 2007 and subsequently became the Raja Permaisuri of Perak in 2014. Together, they have a son, Raja Azlan Muzzaffar Shah, and a daughter, Raja Nazira Safya.
In recognition of her contributions, a hybrid purple orchid was named 'Dendrobium Tuanku Zara Salim' in 2007. She was also appointed as the Chancellor of Sultan Idris Education University in 2012 and serves as the patron of several organizations, including the Perak Family Health Association, Convert Girls Alumni, and the Perak Girl Guides.
Location:
Jeti Beting Beras Basah
36100 Bagan Datuk, Perak
2P3F+Q8 Bagan Datuk, Perak
4.004529859406399, 100.72348091693769
Attribution 4.0 International — CC BY 4.0 - Creative Commons
Comments