Original video: https://youtu.be/jB8KUsrJVqg
Visited on: 12 JULY 2023
MARDI Parit Station: A Leading Producer of Basic Paddy Seeds
MARDI Parit Station is one of the largest producers of basic paddy seeds and a primary supplier to certified paddy seed production companies nationwide. It serves as a production center for basic paddy seeds and a consultation hub for innovations related to the produced paddy.
Stesen MARDI Parit adalah antara pengeluar terbesar benih padi asas dan pembekal utama kepada syarikat pengeluar benih padi sah seluruh negara. Ia menjadi pusat pengeluaran biji benih asas padi dan menjadi pusat khidmat runding berkaitan inovasi padi yang dihasilkan.
Klasifikasi kategori benih dalam proses pengeluaran benih padi:
Biji benih baka:
Biji benih baka adalah progeni daripada penanaman benih nukleus yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan.
Benih asas dikeluarkan pegawai pembaik baka (breeder) MARDI.
Biji benih asas:
Biji benih asas adalah progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian ditetapkan.
Benih asas hanya dikeluarkan MARDI. Benih asas ini akan diedarkan kepada syarikat pengeluar benih padi untuk pengeluaran benih daftar dan seterusnya benih sah.
Biji benih daftar:
Biji benih daftar adalah progeni daripada penanaman biji benih asas yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan di bawah Standard Jabatan Pertanian. Proses pengeluaran benih daftar dan sah dihasilkan syarikat pengeluar benih yang dilantik MOA. Hanya syarikat yang mematuhi spesifikasi teknikal bagi pengeluaran biji benih daftar dan sah serta mematuhi syarat dan kriteria dilantik.
Namun begitu, syarikat pengeluar benih harus mematuhi piawai kualiti biji benih dan pihak Jabatan Pertanian bertanggungjawab dalam memantau aktiviti dan memperakui piawai kualiti biji benih daftar dan sah yang dikeluarkan.
Biji benih sah:
Biji benih sah adalah progeni daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian ditetapkan.
Elemen penting dalam pengeluaran benih padi sah:
Tapak semaian dan ladang benih: Memenuhi jarak pemencilan dan kesempurnaan tapak.
Sumber kategori benih yang diperakui: Menanam daripada sumber yang sah. Pembuktian sumber benih diwajibkan.
Pemeriksaan ladang: Pemeriksaan ladang dijalankan di empat peringkat iaitu peringkat pratanam, tampang, berbunga dan pratuai. Ia bertujuan untuk memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM - 2009.
Pemeriksaan loji pemprosesan benih padi: Loji pemprosesan benih padi mestilah dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran atau percampuran varieti.
Ujian kualiti biji benih: Tiga jenis ujian yang dijalankan iaitu ujian ketulenan fizikal, kelembapan dan percambahan bertujuan untuk menentukan sama ada benih padi yang diproses memenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM - 2009.
Pemeriksaan stor dan stok: Hanya benih padi yang mendapat perakuan saja ditawarkan untuk jualan. Lot benih padi mesti dalam keadaan baik, teratur dan mudah dikesan.
Label perakuan kualiti: Lot benih memenuhi piawaian mempunyai label perakuan kualiti benih yang ditetapkan.
Location:
MARDI Parit
32800 Parit, Perak
CVMR+WF Parit, Perak
4.434929744605101, 100.89191706199053
Attribution 4.0 International — CC BY 4.0 - Creative Commons
Comments